Anda di sini

Terap semangat cintakan negara

Advertisement

Ia dapat dilaksanakan melalui pendekatan pendidikan atau cara lainBINTANGOR: Penerapan semangat cinta akan negara mesti dilakukan untuk membina negara dan bangsa.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdullah Saidol berkata, usaha dapat dilaksanakan melalui pelbagai langkah sama ada melalui pendekatan pendidikan atau cara lain.

“Pemupukan jati diri bukan hanya bermula di rumah tetapi  harus terbit daripada perasaan cinta dan sayang akan negara.

“Menerapkan kesedaran patriotisme mestilah melalui pendidikan dan kesedaran terhadap tanah air.

“Usaha menggalakkan generasi muda supaya lebih berminat menyertai aktiviti sihat wajar dipergiatkan sejajar dengan perkembangan semasa.

“Langkah ini sejajar dengan hasrat kerajaan melahirkan pemimpin pelapis yang berupaya meneruskan kesinambungan perpaduan dan kesejahteraan rakyat,” katanya pada Forum Jati Diri 1Malaysia Peringkat Negeri di sini semalam.

Menurutnya, usaha menggalakkan generasi muda supaya lebih berminat menyertai aktiviti sihat wajar dipergiatkan sejajar dengan perkembangan semasa.

“Generasi anak merdeka bertuah kerana mewarisi sebuah negara yang bebas daripada belenggu penjajah.

“Justeru, hargailah pengorbanan pejuang kemerdekaan dengan mempelajari sejarah.

“Berbanggalah dengan apa yang kita miliki. Sentiasalah bertekad mempertahan perpaduan dan keamanan.

“Jati diri rapuh akan menyebabkan terhakisnya identiti unik yang menjadi kebanggaan kita sejak sekian lama,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop berkata, generasi muda yang berperanan sebagai pelapis perlu berasa bangga selain menyimpan perasaan sayang dan cinta terhadap budaya sendiri.

“Pendidikan merupakan satu medium terpenting dalam  membentuk modal insan berkualiti tinggi.

“Pendidikan mampu membentuk modal insan berpengetahuan dan yang paling penting dapat mengeratkan integrasi masyarakat berbeza budaya dan fahaman agama,” jelasnya.

Hadir sama Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Zaini Mohamad, Pegawai Penerangan Bahagian Normala Juatan dan Pegawai Daerah Meradong Mastapa Julaili.

Advertisement