Anda di sini

SM Lodge, Chung Hua No.1 masing-masing muncul juara

Advertisement

KUCHING: SM Lodge dan Sekolah Chung Hua No.1 masing-masing muncul juara bagi kategori lelaki dan wanita Kejohanan Bola Keranjang Antara Sekolah Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak.

SM Lodge menumpaskan SM Sains Kuching dengan hanya perbezaan tiga mata dalam perlawanan akhir yang cukup sengit.

Mereka merangkul kejuaraan setelah meraih 22 mata, manakala SM Sains Kuching berputih mata dengan 19 mata untuk bergelar naib juara.

“Ini satu perlawanan cukup sengit namun saya gembira kerana pasukan kita akhirnya berjaya bergelar juara,” kata pengendali SM Lodge, Linus Lee di sini semalam.

Katanya, tidak menjangka dapat menduduki tempat empat terbaik kerana pasukan tidak mempunyai banyak perlawanan untuk berlatih.

Tempat ketiga milik SMK Kuching High.

Sebanyak 18 pasukan dari 12 sekolah menyertai kejohanan selama dua hari itu.

Pengarah dan Perhubungan Luar Swinburne Sarawak, Datu Dr Julaihi Bujang menyampaikan hadiah kepada pemenang.

 

Advertisement