Anda di sini

Lelaki terselamat dibaham buaya

Advertisement

CEDERA: Mangsa semasa dibawa ke HUS untuk rawatan lanjut.

KUCHING: Seorang lelaki menarik nafas lega kerana berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi santapan buaya walaupun terpaksa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) kerana cedera di kaki kirinya.

Difahamkan, mangsa yang berusia 40 tahun itu terdahulunya bersama anak saudaranya pergi ke sebatang sungai di Kampung Buda, Simunjan dekat sini untuk menjala udang iaitu sekitar jam 6 petang.

Menurut sumber, mangsa kemudian turun ke dalam sungai berkenaan sebelum merasakan kaki kirinya digigit seekor buaya.

“Mujur semasa kejadian, mangsa sempat menendang kepala buaya tersebut beberapa kali menggunakan kaki kanannya menyebabkan buaya itu melepaskan kaki mangsa dan peluang itu digunakannya untuk menyelamatkan diri,” kata sumber.

Mangsa yang tercedera serta turut dikhuatiri patah tulang kaki kirinya itu kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan sebelum dirujuk ke HUS untuk rawatan lanjut.

Advertisement