Anda di sini

Lebih 1,000 beri penghormatan kepada bapa S.Subramaniam

Advertisement

MELAKA: Mayat bapa Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam, KV Sathasivam, 87, yang meninggal dunia Khamis lepas, dibakar di Melaka Memorial Park semalam.

Upacara yang bermula jam 8 pagi itu dihadiri lebih 1,000 orang untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediaman Subramaniam di Ujong Pasir di sini.

Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G Palanivel yang juga Presiden MIC; Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan serta Pengerusi MIC Melaka MS Mahadevan.

Mendiang Sathasivam meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya kerana sakit tua dan meninggalkan lima anak, termasuk Subramaniam yang merupakan anak sulung, serta sembilan cucu. — Bernama

Advertisement