Anda di sini

Graduan perlu berilmu dan berbudi bahasa, kata Rais

Advertisement

KUALA LUMPUR: Graduan yang berilmu tetapi tidak berbudi bahasa hanya menjadi sia-sia kepada pembangunan negara, kata  Penasihat Kerajaan Dalam Hal Ehwal Sosial dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim.

Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata universiti di negara ini perlu mencari jalan bagi melahirkan graduanyang berilmu dan berbudi bahasa bagi membina negara bangsa yang harmonis.

“Setiap kampus (universiti) saya rasa mempunyai tanggungjawab ini…yakni di samping orang menerima ijazah mesti ada asas atau rohnya…untuk pandai berterima kasih…untuk mengisi tuntutan dalam kemanusiaan.

“Begitu ramai misalnya bila diberi ijazah, cakap terima kasih pun tak ada, jalan sahaja…, jadi ini lama kelamaan akan membiarkan masyarakat kita menjadi longgar,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Konvokesyen Bersama antara Insitut Pendidikan, Pusat Undang-Undang Harun M. Hashim, dan Pusat Pembelajaran dan Pengajaran UIAM di sini, semalam.

Lebih 800 pelajar dari pelbagai bidang menerima diploma dan sijil masing-masing, pada majlis itu. — Bernama

Advertisement