Anda di sini

Pegawai polis bebas tuduhan rasuah

Advertisement

Pihak pendakwaan gagal buktikan elemen bersetuju menerima rasuah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam  mengekalkan pembebasan seorang pegawai polis berpangkat ASP daripada tuduhanrasuah membabitkan wang tunai RM2,000, tujuh tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas meneliti hujahan kedua-dua pihak yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi dan peguam Afifuddin Mohd Hafifi yang mewakili Sydney Clyde Jeremiah.

Dalam penghakimannya, Mohd Azman berkata hakim Mahkamah Sesyen tidak tersalah arah dalam membuat keputusan iaitu melepas dan membebaskan Jeremiah,53, daripada pertuduhan itu.

“Pendakwaan gagal membuktikan elemen bersetuju menerima rasuah yang dilakukan tertuduh dan anggapan tertuduh mengikut akta Suruhanjaya PencegahanRasuah (SPRM) iaitu bersetuju terima rasuah juga tidak dibuktikan.

“Justeru, perintah Mahkamah Sesyen iaitu melepas dan membebaskan tertuduh daripada tuduhan rasuah dikekalkan. Rayuan pendakwaan ditolak,” katanya.

Pada 30 Jan 2012, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam memerintahkan Jeremiah membela diri selepas membenarkan permohonan SPRM terhadap keputusanHakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Katar yang membebaskan pegawai polis itu pada14 Dis 2010 di akhir kes pendakwaan.

Selepas itu, pada 19 Julai 2012, Hakim Mahkamah Sesyen, Rozilah Salleh turut melepas dan membebaskan tertuduh.

Jeremiah yang kini bertugas di Bahagian Perundangan di Bukit Aman, didakwa bersetuju menerima rasuah wang tunai itu daripada peniaga pakaian terpakai,Mohd Khusaifil Che Rashid, 43, sebagai dorongan untuk melepaskan Hoi Chee Kin,34, atas kesalahan menawarkan perkhidmatan seks.

Dia yang ketika kejadian bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Penolong Penguasa Polis, Tingkat 8, IPD Dang Wangi pada jam 3.30 petang, 26 Okt 2007, mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997. — Bernama

Advertisement