Anda di sini

Orang ramai dijemput sertai Kursus ‘Sempama Jaku Iban’

Advertisement

SIBU: Persatuan Penulis Iban Sarawak (SIWA) mengalu-alukan orang ramai berminat menyertai Kursus ‘Sempama Jaku Iban’ yang dijangka diadakan pada tahun ini.

Jurucakapnya, Casper Kayong Umping berkata SIWA masih belum menetapkan tarikh dan masa kursus tetapi venuenya adalah di Sibu Jaya.

“Kita menyasarkan seramai 30 peserta mengikuti kursus ini.

“Kursus ini bertujuan memantapkan penggunaan kata seumpama Bahasa Iban serta membangunkan bahasa itu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Tambahnya, yuran penyertaan dikenakan adalah RM30 setiap seorang.

Mereka berminat boleh menghubungi Kayong di talian 019-8142510 atau Harry Usup Umbar (011-14019115).

Advertisement