Anda di sini

Tujuh perenang mudah atasi masa kelayakan SUKMA XVII

Advertisement

KUCHING: Tujuh perenang Sarawak berjaya mencapai masa kelayakan SUKMA XVII Kejohanan Ujian Masa SUKMA yang diadakan di Kolam Renang Bukit Lima, Sibu dari 28 Februari hingga 2 Mac lepas.

Kesemua mereka ber­jaya melepasi 13 acara yang dipertandingkan mengikut masa yang telah ditetapkan pada SUKMA akan datang.

Perenang Persatuan Re­nang Amatur Sibu (SASA) Alex Tiong Sie Hung berjaya melepasi masa kelayakan dalam acara 200m rampaian perseorangan lelaki dan 200m gaya bebas manakala rakan beliau Nita Wong mencec­ah kelayakan dalam acara 100m dan 200m gaya bebas wanita.

Masa terbaik pula berjaya dicatat oleh perenang yang semakin meningkat naik dari Persatuan Renang Amatur Samarahan (KOTAS) Angela Chieng Chui Fei.

Pemenang pingat emas SU­KMA XV yang juga pelajar SMK Batu Lintang mencatat masa terbaik dalam acara 200m, 400m dan 800m gaya bebas termasuk 400m rampa­ian perseorangan wanita.

Rakan sepasukan Angela dari Kotas Tan Tying pula berjaya mencapai kelayakan dalam acara 50m dan 100m kuak kupu-kupu dan 50m kuak lentang wanita.

Sementara itu, perenang yang mewakili Persatuan Re­nang Amatur Miri (MASA) Tan Chong Heng melayakkan diri dengan merit dalam acara 50m dan 100m kuak dada lelaki.

Turut layak rakan beliau Leong Wan Ying yang cemer­lang dalam acara 50m kuak kupu-kupu wanita.

Perenang Persatuan Renang Amatur Limbang (LASA) Al­lister Chung turut tersenarai setelah mencatat masa terbaik dalam acara 100m gaya bebas lelaki.

Menurut sumber, Persatu­an Renang Amatur Sarawak (ASAS) telah menyenaraikan lima perenang lelaki dan lima wanita pada SUKMA XVII yang akan diadakan di Per­lis dari 24 Mei hingga 4 Jun depan.

Mereka adalah perenang kebangsaan Vernon Lee, Welson Sim dan Erika Kong termasuk tujuh perenang yang berjaya mencapai masa kelayakan SUKMA.

“ASAS turut mencadan­gkan lima perenang lelaki dan wanita bagi memastikan kontinjen renang Sarawak menghantar pasukan terkuat dengan 20 perenang ter­baik,” menurut kenyataan dari Asas.

Menurutnya, cadangan te­lah dihantar kepada Majlis Su­kan Negeri Sarawak (MSNS) untuk mendapat pertimban­gan dan persetujuan.

“Sebaik diluluskan, kita akan mulakan program lati­han dengan segera memand­angkan SUKMA XVII hanya tinggal tiga bulan dari seka­rang.”

Pada SUKMA XV 2012 di Pahang, Sarawak menggondol 10 emas untuk menduduki tempat ketiga secara keselu­ruhan di belakang Selangor yang meraih 11 emas.

Advertisement