Anda di sini

Sarikei hantar 16 pemain sertai pertandingan petanque Sarawak

Advertisement

SARIKEI: Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAK­SAK) Sarikei akan meng­hantar seramai 16 pemain ke Pertandingan Petanque (Lelaki dan Wanita) MAK­SAK Sarawak Antara Ba­hagian 2014 yang bakal ber­langsung pada 8 dan 9 Mac (Sabtu dan Ahad) ini.

Residen Bahagian Sarikei Dahim Nadot berkata, para pemain perlu mengambil pe­luang itu dengan sebaiknya khususnya dalam menun­jukkan kemahiran dalam su­kan tersebut.

“Gunakan peluang ini un­tuk meningkatkan reputasi MAKSAK bahagian Sarikei. Melalui sukan ini juga, diharap pasukan kita akan dapat bersa­ing secara sihat dan seterusnya memberi tentangan kepada pasukan lawan lain.

“Pada masa sama, kita berharap peluang ini dapat dimanfaatkan oleh para pe­main kita untuk menimba pengalaman baik dari aspek pertukaran pendapat tentang pekerjaan, mahupun perkara lain sihat dan membawa ke­majuan bersama,” ujar Dahim sewaktu majlis penyerahan baju rasmi pasukan MAKSAK Sarikei, semalam.

Pertandingan akan diadakan di Arena Petanque, Kampung Santubong.

Beregu lelaki dan wanita Sarikei masing-masing terdiri daripada tujuh pemain lelaki dan wanita.

Pasukan MAKSAK Bahagi­an Sarikei akan diketuai oleh Pengurus Pasukan, Bahtiar Madon yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Petanque Bahagian Sarikei.

Pasukan Sarikei akan be­rangkat ke Kuching hari ini.

Pertandingan itu juga med­an pemilihan pemain bagi mewakili MAKSAK Sarawak ke pertandingan peringkat kebangsaan yang bakal ber­langsung pada bulan April di Pahang.

Advertisement