Anda di sini

PTBS bakal anjur dua program istimewa

Advertisement

KUCHING: Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS) akan menganjur­kan dua program istimewa untuk pemain tenis remaja dan wanita pada tahun ini.

Exco Pembangunan dan Pertandingan PTBS, Nur Ashriel Abdullah berkata, persatuan juga telah melan­tik jurulatih baharu bagi melatih pemain remaja.

“Kita berharap program ini dapat menarik minat lebih ramai pemain remaja berkecimpung dalam sukan tenis.

“Mereka hanya perlu menghubungi kami untuk menyertai program terse­but,” katanya.

Selain itu, Nur Ashriel mendedahkan PTBS juga bercadang untuk men­ganjurkan kejohanan tenis wanita bagi mencung­kil lebih ramai pemain berbakat dari kalangan mereka.

Justeru, beliau menyeru mereka yang berminat agar mendaftar untuk menyertai Kejohanan Tenis Piala YB Hajah Hasidah yang akan diadakan pada bulan depan di ibu pejabat PTBS, Jalan Semaring.

“Kita amat menggalakkan penyertaan lebih ramai pe­main wanita dalam kejo­hanan itu kelak,” katanya.

Sementara itu, PTBS juga sedang merangka be­berapa kejohanan besar pada 2014.

Nur Ashriel berka­ta antara yang menjadi tumpuan adalah Kejohanan Tenis Antara Bahagian yang akan berlangsung di Miri.

Kejohanan tersebut akan diadakan bersama dengan Persatuan Tenis Bumi­putera Miri (PTBM).

Advertisement