Anda di sini

Harapan tinggi bergelar juara

Advertisement

PENGHARGAAN: Mawan menyampaikan sijil penghargaan kepada wakil KTS Trading Sdn Bhd atas sumbangan membantu persatuan sukan ke arah pembangunan sukan di Sarawak. — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Sarawak tidak boleh gagal dan perlu men­juarai Sukan Malaysia (SU­KMA) edisi ke-17 yang akan dilangsungkan di negeri ini pada tahun 2016.

Menteri Pembangunan So­sial, Tan Sri William Mawan Ikom berkata, kali terakhir Sarawak muncul juara SU­KMA adalah pada tahun 1990 ketika menjadi tuan rumah bagi edisi ketiga.

“Kita akan menjadi tuan rumah SUKMA pada tahun 2016 dan selaku tuan rumah sudah pasti kita diberi hara­pan yang tinggi daripada se­luruh rakyat negeri ini untuk muncul terbaik.

“Saya harap kita akan men­juarai SUKMA 2016 dan atas sebab itu ingin saya mengin­gatkan kepada semua para pegawai yang terlibat agar membuat persiapan yang rapi dan memandang serius perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Maj­lis Penyerahan Geran dan Penghargaan 2014 di salah sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Sebanyak 44 buah per­satuan sukan dan lima per­satuan serta pertubuhan di bawah seliaan Bahagian Belia, Kementerian Pem­bangunan Sosial menerima geran masing-masing dengan nilai keseluruhan berjumlah RM5.1 juta.

Turut hadir Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Chin, Menteri Muda Belia Bandar, Datuk Abdul Karim Rah­man Hamzah, Menteri Muda Pembangunan Belia Luar Bandar, Datuk Dr. Stephen Rundi Utom dan Setiausaha Tetap Kementerian Pemban­gunan Sosial Affendi Keli. Tambah Mawan, tahun ini Sarawak menyertai SUKMA XVI yang akan berlangsung di Perlis mulai lewat Mei hingga pertengahan Jun 2014.

Susulan kejohanan terse­but, tugas-tugas persediaan kontinjen telah dipertang­gungjawabkan kepada Ma­jlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS).

Justeru, beliau berkata mereka yang bertanggungja­wab dalam persediaan terse­but akan mempersiapkan diri masing-masing dengan semua keperluan terutama peraturan-peraturan ba­haru.

Mengimbas kembali rekod SUKMA lepas, Sarawak men­urut Mawan telah melakukan yang terbaik pada SUKMA Pahang 2012 apabila berjaya berada pada kedudukan keempat dengan pungutan sebanyak 42 pingat emas berbanding SUKMA Melaka 2010 di mana Sarawak seka­dar berada di kedudukan keenam dengan pungutan 33 pingat emas.

Mengulas mengenai pen­yampaian geran tersebut, Mawan yang juga Menteri Kanan berkata ia merupakan peruntukan tahunan dari­pada kerajaan negeri untuk diagihkan kepada persatuan dan pertubuhan yang layak.

Mawan dalam pada itu mengingatkan para peneri­ma geran agar menghantar laporan kewangan tahunan masing-masing kepada ke­menterian berserta cerita kejayaan persatuan masing-masing.

Pada majlis itu semalam, turut disampaikan sijil peng­hargaan kepada badan kor­porat atas sumbangan mereka dalam membantu persatuan sukan untuk pembangunan sukan di negeri ini pada ta­hun 2013.

Antara badan korporat yang diberikan penghargaan semalam ialah Sarawak En­ergy Berhad, Naim Cendera Sdn Bhd, Shin Yang Indus­tries (Bintulu) Sdn Bhd, Ti­tanum Project Management Sdn Bhd, Ibraco Berhad, KTS Trading Sdn Bhd, DD Plantation Sdn Bhd, Group Engineers Malaysia Sdn Bhd dan Oxford Glory Sdn Bhd.

Advertisement