Anda di sini

Zang gagal pikat Alberts

Advertisement

LATIHAN: Alberts bercakap dengan para pemain Sarawak pada sesi latihan di Stadium Negeri semalam.

Kurang meyakinkan, pemain dari Cameroon itu tidak akan diserapkan ke dalam skuad

KUCHING: Anicet Eyenga Zang tidak akan diserapkan ke dalam pasukan Sarawak memandangkan pemain dari Cameroon yang tiba di sini Jumaat lepas itu gagal menarik perhatian barisan jurulatih.

Ketika ditemui pasa sesi latihan di Stadium Negeri semalam, ketua jurulatih pasukan Sarawak, Robert Alberts berkata, pemain itu tidak memiliki ciri-ciri yang dikehendakinya.

Menerusi sesi ujian, beliau percaya Zang tidak sesuai bermain di Malaysia.

“Kita memerlukan pemain yang mampu menyesuaikan diri dengan corak permainan di Malaysia. Memandangkan kita tidak boleh memiliki pemain yang sering mengalami kecederaan, rekod kecergasannnya juga disemak dengan kelab-kelabnya terdahulu,” katanya.

Selain itu, Alberts turut memberitahu umur bukan faktor penentu untuk menerima pemain import, tetapi bergantung dengan keupayaannya menyumbang terhadap kejayaan pasukan.

Sarawak kini berhadapan dengan masalah kecergasan pemain import dari Bosnia, Muamer Salibasic dan Milorad Janus dari Serbia.

“Pasukan bola sepak di Malaysia tidak boleh menerima pemain yang sering cedera memandangkan pasukan mereka bergantung dengan prestasi pemain import untuk membantu pasukan untuk berjaya. Mereka (Salibasic dan Janjus) bagaimanapun faham situasi ini,” katanya.

Salibasic yang masih diperlukan pasukan Sarawak, setakat ini hanya bermain satu perlawanan untuk musim ini, manakala prestasi Janjus terjejas kerana terpaksa bermain dalam kesakitan setiap perlawanan.

Alberts turut memberitahu pihaknya akan terus mencari dan menguji pemain import baharu.

Sarawak akan menentang T-team pada Sabtu ini pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Advertisement