Anda di sini

Usaha damai SPDP dijangka dicapai hujung bulan ini

Advertisement

NANSIAN

KUCHING: Usaha perda-maian antara Kumpulan Berlima (G5) dengan parti asal mereka Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dijangka dapat direalisasikan pada hujung Mac ini.

Jurucakap kumpulan itu Datuk Peter Nansian Ngusie berkata, mereka menaruh keyakinan tinggi terhadap kebijaksanaan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem dan Presiden SPDP Tan Sri William Mawan Ikom bagi membolehkan mereka kembali kepada parti.

“Kita tidak meletak apa-apa syarat, cuma serahkan kepada parti dan dengan kebijaksanaan Pengerusi BN ne-geri agar dapat menjadikan ia satu realiti,” ujarnya pada sidang media di sini, semalam.

Nansian yang juga Menteri Muda Pembangunan Komuniti berkata, G5 tidak menghiraukan bagaimana proses perdamaian itu boleh berlaku tetapi yang penting objektif dapat dicapai.

“(Dalam) proses perdamai-an itu apa yang penting ialah mengembalikan keadaan se-perti asal dan juga melupakan perkara lepas. Yang lepas biarkan berlalu,” ujarnya.

Ahli lain dalam G5 ialah Datuk Dr Tiki Lafe iaitu bekas Ahli Parlimen Mas Ga-ding, Menteri Muda Bekalan Air Datuk Sylvester Entrie Muran, Menteri Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak Rosey Yunus dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang.

Mereka disingkirkan daripada SPDP antara Disember 2011 dan Januari 2012 kerana menentang pucuk pimpinan parti tersebut.

Baru-baru ini, Adenan dilaporkan berkata BN harus menyelesaikan masalah parti komponennya termasuk SPDP bagi mengukuhkan lagi kedudukan BN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada tahun 2016.

Susulan itu, Mawan yang menyambut baik saranan Adenan itu berkata, kelima-lima bekas anggota itu perlu mematuhi proses biasa dengan memohon untuk menyertai semula parti berkenaan memandangkan mereka telah dipecat daripada parti.

Beliau berkata, sebaik sahaja menerima permohonan mereka, Majlis Tertinggi akan bermesyuarat untuk memperakukan dan menerima permohonan itu.

Mawan berkata, kelima-lima mereka tidak dijanjikan sebarang jawatan dalam parti dan perlu menunggu Persidangan Perwakilan Tiga Tahun sekali untuk bertanding mana-mana jawatan.

Advertisement