Anda di sini

Tiada laporan kes tikam Sadong Jaya

Advertisement

Asisten Komisioner Jauteh Dikun

KOTA KINABALU: Polis menyatakan tiada sebarang laporan dibuat berhubung dakwaan insiden tikam dan rompak yang kononnya berlaku di sebuah bank berhampiran Sadong Jaya, di sini.

Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata setakat ini pihaknya tidak menerima laporan berhubung insiden itu dan meminta kepada individu yang didakwa menjadi mangsa kejadian berkenaan segera tampil ke mana-mana balai berdekatan.

“Jika benar insiden itu terjadi, kita minta mangsa untuk tampil segera membuat laporan polis.

“Apa yang boleh saya nyatakan di sini tiada laporan berhubung dakwaan itu setakat ini,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung penyebaran maklumat berserta gambar seorang individu dalam keadaan berdarah, kononnya diserang dan dirompak penjenayah yang dimuat naik oleh pengguna laman sosial Facebook baru-baru ini.

Dalam dakwaan itu turut menyatakan mangsa ditikam sebaik mengambil wang tunai di mesin ATM di sebuah bank berhampiran Sadong Jaya, sebelum mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.

Advertisement