Anda di sini

TDC 2011 perlu dibatal, wujud pimpinan baharu

Advertisement

KUCHING: Perhimpunan Tiga Tahun Sekali (TDC) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada tahun 2011 perlu dibatalkan untuk memberi laluan kepada usaha mewujudkan barisan kepimpinan baharu.

Pengerusi SUPP Cawangan Sibu Dato Sri Wong Soon Koh, semua ahli parti khasnya Presiden Tan Sri Peter Chin dan kumpulannya perlu duduk bersama dan berbincang sebagai langkah membuka lembaran baharu demi masa depan parti.

“Barisan kepimpinan yang menerajui parti termasuk presiden hendaklah dibatalkan dan menjalani pemilihan semula kerana hanya dengan itu SUPP dapat diperbaharui,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Wong mengetuai kumpulan lima lagi ahli parti yang juga Ahli Dewan Undang-an Negeri (ADUN) iaitu Datuk Dr Jerip Susil (Bengoh), Datuk Lee Kim Shin (Se-nadin), Dr Johnical Rayong Nyipa (Engkilili), Ranum Mina (Opar) dan Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang).

Manakala satu lagi kumpulan yang dipimpin Chin dianggotai Datuk Ri-chard Riot Jaem dan ahli-ahli parti yang setia kepadanya.

Wong yang juga Menteri Kewangan Kedua turut percaya, Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih memberi ruang kepada parti itu untuk terus wujud memandangkan tidak ada sebarang tindakan diambil meskipun sudah hampir dua tahun TDC diadakan.

Justeru, katanya, parti perlu merebut peluang itu untuk membuka lembaran baharu dengan menampilkan barisan kepimpinan baharu dan segar.

Beliau melahirkan harapan agar pre-siden yang bakal dipilih semula kelak, selain berkarisma dan serba boleh, turut mempunyai rangkaian baik dengan ke-rajaan pusat dan kerajaan negeri bagi manfaat rakyat negeri ini.

Katanya, siapa yang memegang jawatan presiden itu nanti akan memainkan peranan signifikan dalam memenangi semula undi daripada komuniti Cina.

Pada masa sama, katanya, beliau mahu ahli-ahli kumpulannya dikekalkan dalam barisan kepimpinan parti.

“Mereka (Kumpulan Wong) adalah orang yang dipilih dan dimahukan rakyat, justeru mereka perlu berada dalam barisan kepimpinan,” katanya.

Sebelum sidang media itu diadakan, difahamkan Kumpulan Wong bertemu dengan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem.

Bagaimanapun, ketika ditanya sebab kumpulan tersebut dipanggil oleh Adenan, Wong enggan mengulas lanjut.

SUPP dilanda krisis dalaman selepas TDC pada Disember 2011 yang menye-babkan kewujudan dua puak, manakala dua cawangan parti iaitu Piasau dan Bekenu dibatalkan pendaftarannya.

Advertisement