Anda di sini

Nisbah tidak seimbang

Advertisement

DIBANTU: Wan Junaidi menyampaikan baucar BR1M 3.0 kepada seorang penerima warga emas pada Majlis Penyampaian Baucar BR1M 3.0 bagi kawasan DUN Pantai Damai dan Demak Laut di Kuching, semalam. Turut kelihatan (dari kiri) Dr Abdul Rahman, Dr Hazland dan Mahri. — Gambar Chimon Upon

Trend jenayah berubah, kajian guna polis tambahan dilaksana

KUCHING: Kajian untuk menggunakan khidmat anggota polis tambahan bagi menangani masalah kekurangan anggota polis di negara ini akan dilaksanakan, kata Timbalan Men-teri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, ketika ini nisbah anggota polis dengan penduduk Malaysia adalah tidak seimbang iaitu seorang polis kepada 700 orang (1:700), sekali gus tidak mencukupi dengan trend jenayah yang kian berubah.

“Kajian INTERPOL (polis antarabangsa) iaitu setiap negara perlu mempunyai nisbah seorang polis kepada 200 rakyat (1:200) bukan suatu yang rasmi kerana ia hanya untuk perbincangan sahaja. Dalam konteks negara kita sekarang, nisbah seorang polis kepada 700 rakyat adalah tidak mencukupi.

“Saya telah memaklumkan perkara ini kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, begitu juga polis kontinjen Sarawak berhubung masalah kekurangan anggota dan telah meminta satu kajian untuk menggunakan khidmat polis tambahan dilaksanakan,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Terdahulu, Wan Junaidi yang juga Ahli Parlimen Santubong menyempurnakan Majlis Pe-nyampaian Baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 bagi kawasan Dewan Undangan Ne-geri (DUN) Pantai Damai dan Demak Laut di Dewan Produktiviti Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), di sini.

Hadir sama ADUN Pantai Damai Dr Abdul Rahman Junaidi, ADUN Demak Laut Dr Hazland Abang Hipni dan Pegawai Daerah Kuching Mahri Sarkawi.

Justeru, Wan Junaidi berkata bagi menangani masalah ke-kurangan anggota polis, khidmat polis tambahan diperlukan kerana Malaysia terdiri daripada kawasan bandar dan luar bandar yang memerlukan mekanisme atau pendekatan pencegahan jenayah berbeza.

“Di Sarawak misalnya lebih 50 peratus rakyatnya menetap di luar bandar yang tinggal berselerak menyebabkan nisbah 1:200 tidak relevan.

“Baram misalnya penduduk-nya berselarak dan pada masa sama berlaku jenayah lain seperti ke-curian balak dan sebagainya yang menjadikan tugas kepolisan di situ lebih mencabar,” katanya.

Polis tambahan, katanya, dilatih untuk melakukan kerja-kerja polis berbeza dengan anggota Pasukan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) mahupun anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) selain mempunyai kuasa di bawah undang-undang sebagai polis biasa.

Katanya, ia juga amat diperlukan di balai-balai polis yang mempunyai kekuatan anggota 10 orang dan ke bawah.

“Mungkin bagi sesetengah orang, 10 anggota untuk satu balai mencukupi tetapi bagi saya ia ti-dak.

“Kalau 10 anggota bertugas untuk tiga syif, pada satu syif hanya tiga orang akan bertugas, seorang ditugas menjaga balai dan dua orang bersiap siaga untuk tugasan lain, justeru jumlah ini tidak cukup bagi kawasan sektor yang luas.

“Di sini khidmat polis tambahan amat diperlukan dan mekanisme ini perlu dipertimbangkan,” ujarnya.

Sementara itu, mengulas insi-den seorang anggota polis peronda maut manakala rakan setugasnya cedera selepas diserang hendap sekumpulan warga asing di Taman Sentosa, Klang awal pagi kelmarin, Wan Junaidi berkata siasatan awal mendapati isu pelanggaran Prosedur Operasi Stan-dard (SOP) tidak berlaku.

“Kalau dipandang dari sudut SOP, tidak ada pun pelanggaran SOP kerana kedua-dua anggota menjalankan tugas mengikut pro-sedur sepatutnya, apapun biarlah polis menjalankan siasatan dengan lebih terperinci lagi,” katanya.

Advertisement