Anda di sini

Kerugian berpunca masalah pengurusan, bukan penyelewengan kewangan: Idris

Advertisement

MELAKA: Kerajaan Nege-ri Melaka pada masa ini tidak melihat keperluan untuk memanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kerugian jutaan ringgit anak syarikat dan agensi kerajaan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata ini kerana kerugian itu tidak disebabkan oleh penyelewengan dalam kewangan sebaliknya melibatkan masalah pengurusan anak syarikat serta agensi kerajaan negeri terlibat.

Katanya segala kewangan melibatkan kerajaan negeri diaudit Jabatan Audit Negara serta bahagian audit negeri sendiri dan sehingga kini tiada sebarang penyelewe-ngan ditemui pada kewangan kerajaan negeri.

“Bila audit siap dan ada kepincangan, kerajaan negeri tahu garis panduan yang perlu dipakai bagi selesaikan masalah ini…saya pohon rakyat berikan saya masa untuk selesaikan semua ini,” katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) Melaka Ke-13 di sini semalam.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam melaporkan Kerajaan Negeri Melaka menanggung kerugian RM360 juta disebabkan masalah terlebih belanja dan perancangan tidak baik anak syarikat dan agensi kerajaan negeri itu, dengan Yayasan Melaka meng-alami kerugian paling tinggi berjumlah RM286 juta.

Idris berkata kerajaan ne-geri sebenarnya telah meng-ambil tindakan awal untuk menangani masalah itu dengan melakukan rombakan terhadap 18 jawatan pegawai kanan kerajaan negeri awal tahun ini yang dilihat mampu menangani masalah itu seterusnya memastikan prestasi anak syarikat dan agensi kerajaan negeri dibawa ke tahap tertinggi.

Memberikan contoh, beliau berkata pelantikan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara Datuk Zaini Md Nor yang dikenali sebagai pakar kewangan sebagai Pengurus Besar Yayasan Melaka dilihat langkah pen-ting bagi menangani masalah tersebut.

“Semua pegawai kanan dilantik ini punyai kebolehan tinggi dalam menyelesaikan masalah seperti ini dan semua datang dengan pelan tindakan bersama tempoh masa untuk selesaikan masalah ini,” kata-nya. — Bernama

Advertisement