Anda di sini

Dadah bernilai RM500,000 dirampas di Pulau Pinang

Advertisement

GEORGE TOWN: Tiga lelaki ditahan dan polis merampas  dadah bernilai RM500,000 dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat yangdijadikan makmal pemprosesan dadah di Bukit Mertajam, dekat sini malam kelmarin.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata serbuan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang ke atas rumah di TamanSeri Impian itu adalah hasil maklumat awam dan risikan sejak sebulan lepas.

Dalam serbuan kira-kira jam 10.45 malam itu, polis merampas 20.5 kilogram dadah iaitu 13 kilogram dadah jenis heroin dan serbuk disyaki dadah (7.5kg).

Turut dirampas serbuk kafein (100kg), 20 botol cecair disyaki asid dan pelbagai peralatan memproses dadah dan  pelbagai senjata tajam seperti pedang samurai, kapak dan parang, katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata seorang daripada lelaki itu merupakan orang penting sindiket dadah berkenaan dan mempunyai beberapa rekod jenayah berkaitan dadah, ugutan jenayah dan gaduh.

Abdul Rahim berkata siasatan awal polis mendapati sindiket itu menjalankan kegiatan pemprosesan dadah di rumah berkenaan sejak tiga bulan lepas dan merekajuga berpindah dari satu lokasi ke lokasi lain bagi mengelak dikesan pihakberkuasa.

“Sindiket itu menjadikan sebuah bilik di tingkat dua rumah berkenaan sebagai tempat memproses dadah jenis heroin dan dadah yang diproses diedar kepadapembekal di Pulau Pinang dan negeri-negeri kawasan utara,” katanya.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki tempatan berusia antara 25 dan 38 tahun itu direman sehingga 11 Mac bagi membantu siasatan dan polis kini menggiatkanusaha memburu saki baki anggota sindiket itu.

Polis turut menyita dua kereta dan sebuah motosikal yang kesemuanya dianggar bernilai RM55,000. — Bernama

Advertisement