Anda di sini

BADAR tuntut janji kerajaan Kelantan bina lebuh raya

Advertisement

SILA TUNAI JANJI: Kamaruddin (kanan) menyerahkan ‘Dokumen Kuning Catatan Rakyat’ kepada Nik Wan (dua kiri) di Kota Darul Naim, Kota Baharu semalam. — Gambar Bernama

KOTA BAHARU: Pertubuhan Barisan Darulnaim Negeri Kelantan (BADAR) semalam menyerahkan ‘Dokumen Kuning Catatan Rakyat’ kepada kerajaan negeri Kelantan yang mengandungi makluman, peringatan dan manifestasi rakyat berkaitan pembinaan lebuh raya rakyat.

Pengerusinya, Kamaruddin Kasim berkata kerajaan Kelantan telah berjanji untuk membina lebuh raya itu dari Kuala Krai-Kota Baharu me-libatkan kos kira-kira RM1.8 billion sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu namun belum dilaksanakan.

“Kami ingin memberitahu kepada kepimpinan yang ada termasuk daripada wakil rakyat Barisan Nasional dan PAS bahawa rakyat mengikuti rapat segala janji-janji sebelum PRU13.

“Segala perkembangan ini rakyat catat, segala tipu helah rakyat selidiki  sehingga janji-janji tersebut terlaksana,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dokumen berkenaan kepada Setiausaha Politik  Menteri Besar, Nik Wan Nik Yusof di Kompleks Kota Darulnaim di sini.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu membabitkan kos RM1.8 bilion itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012.

Kamaruddin berkata BADAR akan meneruskan pe-nyerahan Dokumen Kuning Catatan Rakyat bagi pelbagai isu lain selepas ini seperti pembinaan stadium baharu di Bukit Merbau, perumahan rakyat, dan peluang pekerjaan kepada rakyat. — Bernama

Advertisement