Anda di sini

1,416 atlet sertai Kejohanan Balapan dan Padang MSS Betong

Advertisement

BETONG: Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah(MSS) Bahagian Betong kini memasuki edisi ke-11 pada tahun ini berlangsung dengan meriah di Kompleks Sukan Betong bagi memilih atlet yang bakal menggalas cabaran bahagian Betong ke temasya peringkat Negeri nanti.

Jurucakap penganjur berkata, kejohanan ini yang berlangsung selama lima hari bermula dari 3 hingga 7 Mac 2014 disertai seramai 1,416 atlet yang mengambil bahagian dalam temasya yang melibatkan kategori 10, 11 dan 12 Tahun Kebawah(TKB) bagi sekolah rendah dan 13, 14, 15 dan 18 TKB bagi sekolah menengah.

“Penganjuran pada tahun ini melibatkan kelolaan bersama Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Ulu Layar Betong dan Majlis Guru Besar(MGB) Betong yang mana sebanyak 14 buah sekolah untuk(SMK) dan lapan zon untuk Sekolah Rendah(SK) menyertai kejohanan yang menjadi medan pemilihan atlit bahagian Betong,” katanya.

“Dalam pada itu majlis penangguhan rasmi akan disempurnakan oleh Pengarah Pelajaran Sarawak Datu Abdillah Adam yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mac sekitar jam 2 petang,” ujarnya.

“Orang ramai dan ibubapa adalah dijemput untuk datang menyaksikan kejohanan yang berlangsung bagi memberi perangsang kepada anak-anak yang beraksi pada temasya tersebut. Tambahnya, kesungguhan kerajaan untuk memberikan yang terbaik seterusnya membudayakan bidang sukan untuk semua adalah langkah yang amat tepat selaras dengan dasar sukan negara yang menggariskan dua prinsip.

“Sukan untuk semua memberi penekanan kepada semua pihak untuk kesihatan dan langkah kearah hidup sihat dalam meneraju kesejahteraan bangsa dan negara.

“Selain itu sukan untuk kecemerlangan adalah langkah proaktif untuk melahirkan potensi murid bagi diketengahkan dan diberi penekanan yang seimbang dalam merencana kearah pendidikan sukan berprestasi tinggi selaras dengan pendidikan sukan yang mampu menjadikan negara kuasa sukan yang unggul disamping melahirkan atlet yang berjaya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap SMK Saratok yang ditemui berkata, sasaran untuk mengekalkan kejuaraan bagi kali kelapan berturut-turut menjadi misi utama mereka pada tahun ini.

“Penyertaan kami yang disertai seramai 63 atlet lelaki dan 57 atlet wanita diharap dapat mengekalkan kejuaraan sejak tujuh temasya lalu secara berturut- turut dan meneruskan kejayaan atau sekurang-kurangnya menyamai pencapaian yang pernah kami cipta.

“Dalam pada itu kami juga berusaha melebarkan rekod kejuaraan dan cuba melahirkan bakat atlet yang baharu selain untuk menambah pingat emas dan memecah rekod kejohanan dalam temasya tahun ini,” ujarnya.

Advertisement