Anda di sini

Warga emas terbunuh, motosikal bertembung lori

Advertisement

MAUT: Mangsa maut setelah motosikal ditunggangnya dirempuh lori di Sarikei semalam.

SARIKEI: Seorang warga emas maut setelah motosikal yang ditunggangnya ber­tembung dengan sebuah lori berhampiran lampu isyarat simpang empat Jalan Nyelong By Pass di sini pada jam 1.30 petang semalam.

Mangsa dikenali Lau Ing Ting, 62, berasal dari Sungai Selangan di sini dipercayai men­inggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Difahamkan, mangsa men­unggang motosikal menuju ke rumahnya selepas membeli barangan keperluan di bandar Sarikei.

Rempuhan itu menyebab­kan mangsa tercampak di bahu jalan.

Menurut seorang pelajar sekolah yang hanya dikenali Ting, pada waktu kejadian dia dan ibunya sedang menunggang sebuah lagi motosikal di belakang mangsa.

“Pada waktu itu, lampu isyarat masih berwarna hijau dan mangsa berada di hadapan bergerak dahulu dari saya dan ibu. Melihat itu, ibu saya turut bergerak.

“Tiba-tiba saya lihat sebuah lori bergerak dengan laju ke arah mangsa dan seterusnya merempuh mangsa.

“Motosikal kami berdua tu­rut terkena rempuhan sedikit, namun saya dan ibu hanya mengalami cedera ringan,” kata Ting yang masih truma dengan kejadian itu.

Sementara itu, Wong Sue Ling, 35, saksi di tempat kejadian berkata, dia mem­berhentikan motosikal dan mendekati mangsa yang sudah tidak sedarkan diri.

“Pada masa sama, saya me­lihat penunggang motosikal berkenaan tertiarap dan kaki mangsa terkulai dan berlipat seperti hampir putus.

“Melihat keadaan itu, saya terus menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan,” katanya ditemui di tempat kejadian.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan ke­jadian tersebut dan polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenainya.

 

Advertisement