Anda di sini

Tiga ahli SABERKAS terlibat dalam ekspedisi di Himalaya

Advertisement

KUCHING: Tiga ahli Pertubuhan Kebangsaan Belia Sarawak (SABERKAS) akan terlibat dengan ekspedisi Annapurna Base Camp di Himalaya pada 15 Mac.

Mereka terdiri daripada Kelvin Chong,28, Kate Chong Mei Fern,26, dan Helen Tan Sok Ee,26 daripada SABERKAS Cawangan Pending.

Setiausaha Agung SABERKAS Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ini merupakan pertama kali ahli SABERKAS terlibat dengan ekspedisi seperti itu.

“Kita berharap mereka dapat menggalakkan belia lain di Sarawak untuk telibat dengan ekspedisi atau cabaran.

“Penglibatan mereka menunjukkan SABERKAS berjaya melahirkan ahli yang aktif, cergas dan sihat.

“Kita berbangga dengan tiga peserta ini yang membawa bendera SABERKAS bersama mereka,” katanya pada majlis penyerahan bendera SABERKAS di sini, semalam.

Mereka bertiga yang telah bersiap sedia sejak enam bulan lepas akan disertai 28 peserta lain.

Ekspedisi itu akan mengambil masa 16 hari untuk ditamatkan dengan ketinggian maksium kem mencecah 13,550 kaki.

Advertisement