Anda di sini

Lahirkan ramai atlet berbakat

Advertisement

MIRI: Menteri Muda Sukan, Datuk Lee Kim Shin mahu ibu bapa menggalakkan anak-anak mereka mengam­bil bahagian dalam aktiviti sukan sekurang-kurangnya satu jenis sukan selaras den­gan dasar kerajaan.

Beliau berkata, pendidikan akademik sahaja tidak men­cukupi sebaliknya para pelajar perlu belajar kemahiran sosial seperti bagaimana berkomu­nikasi baik dengan rakan-rakan mereka dan mempun­yai sikap positif.

“Seorang pelajar perlu menerima pendidikan for­mal dan tidak formal. Ini bermakna pelajaran pelajar-pelajar kita haruslah menuju ke arah holistik iaitu pelajaran yang sempurna,” katanya ke­tika merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Ren­dah (MSSR) Bahagian Miri 2014 ke-30 di Stadium Miri di sini semalam.

Lee memberitahu mela­lui penyertaan dalam ak­tiviti sukan dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk bercampur gaul dan berkomunikasi antara satu sama lain di samping belajar mengenai semangat berpasu­kan dan berdisiplin.

“Ia merupakan perkara yang sangat penting dalam kehidupan mereka apabila ta­mat pelajaran dan menceburi diri dalam apa sahaja bidang pekerjaan,” tambah beliau.

Beliau yang juga Menteri Muda Perhubungan berharap melalui pelbagai temasya sukan yang diadakan akan menggalakkan lebih ramai pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti itu sekali gus melahirkan atlet-atlet yang berbakat dan terpilih untuk mewakili negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan.

“Kita juga berharap mela­lui pertandingan pelbagai aktiviti sukan dapat menge­san bakat–bakat atlet muda yang boleh dilatih dan diasuh menjadi atlet-atlet berprestasi dan berpotensi tinggi untuk diketengah dan boleh berjaya mewakili negara dalam arena sukan antarabangsa dan juga Olimpik,” ujar beliau.

“Sarawak berjaya mela­hirkan seorang atlet Olimpik iaitu Pandelela Rinong yang berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara terjun pada Sukan Olimpik di London.

“Sehubungan itu, kita berharap Sarawak dapat mengeluarkan lebih ra­mai atlet bertaraf Ol­impik dan memenan­gi pingat untuk mengharumkan nama negara,” tambahnya.

Ahli Dewan Undangan Neg­eri (ADUN) Sen­adin itu mengakui bukan senang untuk menjadi atlet yang ber­jaya kera­na mere­ka perlu berusaha den­gan gigih dan mempunyai komit­men serta disiplin diri yang tinggi.

Justeru, Lee mahu agar para atlet yang terpilih menghargai setiap peluang yang ada dan disediakan untuk menjalani lati­han dengan bersung­guh-sungguh supaya dapat meraih kemenan­gan dalam setiap acara yang diser­tai.

 

Advertisement