Anda di sini

Saksi kes kemalangan langgar lari di Kampung Karu dicari

Advertisement

KUCHING: Bahagian Ketenteraman Awam daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching menyeru kerjasama daripada orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung insiden kemalangan maut yang berlaku pada 30 Mei 2012 di Kampung Karu, Jalan Puncak Borneo.

Menurut kenyataan akhbar semalam, satu kemalangan maut telah berlaku sekitar jam 8.30 malam di Kampung Karu, Jalan Puncak Borneo pada 30 Mei 2012 melibatkan seorang penunggang motosikal, Parasi Sasus, 26, dan pembonceng Yanti Sasus.

Akibat kejadian langgar lari itu, mangsa mengalami cedera parah dan disahkan meninggal dunia pada keesokan harinya oleh pihak Hospital Umum Sarawak pada 31 Mei 2012.

Justeru, polis memohon kerjasama daripada orang ramai termasuk saudara- mara dan ahli keluarga mangsa yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut tampil menghubungi Inspektor Nik Shamsol Mohamed dengan kadar yang segera di talian 082-221127 atau 082-259900 atau 017-9030804 untuk membantu siasatan.

Advertisement