Anda di sini

Pelantikan Adenan sebagai KM berdasarkan persetujuan pemimpin tertinggi PBB, BN

Advertisement

KUCHING: Pelantikan Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem sebagai Ketua Menteri berdasarkan persetujuan bersama antara kepimpinan tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan Barisan Nasional (BN).

Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur Datuk Daud Abdul Rahman berkata, ia sepatutnya tidak menjadi isu kerana pelantikan Adenan mendapat persetujuan banyak pihak termasuk kepimpinan parti komponen BN yang lain.

Sehubungan itu menurutnya, rakyat negeri ini tidak sepatutnya tertipu dengan mainan politik pihak tertentu yang mempersoalkan mengenai pelantikan itu.

“Pemilihan Adenan sebagai Ketua Menteri kelima sudah ditentukan pihak atasan PBB dan BN… ini menunjukkan ia (pelantikan) mendapat persetujuan bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sekalung Budi dan Jasa-mu Dikenang di Surau Al-Hidayah Taman Sejoli malam kelmarin.

Malah katanya, ada pihak turut mempersoalkan pelantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri dengan meng-ajak rakyat untuk melakukan perhimpunan haram.

“Ia (perhimpunan haram) bukan cara kita. Kita (rakyat) tidak sepatutnya mengikut melakukan perhimpunan haram untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pelantikan Ketua Menteri atau Yang di-Pertua Ne-geri.

“Pihak yang merancang menganjurkan perhimpunan haram membantah pelantikan ini sebenarnya mempunyai agenda dan kepentingan sen-diri,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Daud yang juga Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) berkata, jawatankuasa masjid dan surau sepatutnya memberi keutamaan terhadap aspek kebersihan untuk memberi keselesaan kepada jemaah.

“Masjid dan surau merupakan tempat beribadat, jadi kita perlu utamakan kebersihan agar jemaah senang untuk beribadat,” jelasnya.

Advertisement