Anda di sini

Kursus Asas Jahitan bagi Jiran Wanita, Jiran Muda

Advertisement

TAMBAH ILMU: John (duduk, tengah) bersama peserta Kursus Asas Jahitan bagi Jiran Wanita dan Jiran Muda di Mukah.

SIBU: Pejabat Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PPNIN) Bahagian Mukah dengan kerjasama Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Cawangan Mukah menganjurkan kursus pendek hujung minggu iaitu Kursus Asas Jahitan bagi Jiran Wanita dan Jiran Muda.

Ia bertujuan memperkasa dan memperkaya ilmu kemahiran kepada golongan terbabit dengan harapan dapat menjana pendapatan sampingan kepada keluarga masing-masing.

Pegawai Perpaduan Bahagian Mukah John Aping mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah PPKS Mukah Zainal Abiddin Ahmad kerana sudi mengadakan kursus jangka pendek hujung minggu khas buat Jiran Wanita dan Jiran Muda.

Katanya menyertai kursus tersebut dapat meningkatkan ilmu kemahiran mereka dan suatu masa nanti mereka mampu menjana pendapatan ekonomi kepada keluarga.

John berharap PPKS Cawangan Mukah terus bekerjasama dengan PPNIN Bahagian Mukah melaksanakan lebih banyak kursus pada hujung minggu bagi memenuhi permintaan golongan Jiran Wanita dan Jiran Muda pada masa akan datang.

Kursus-kursus ini amat dialu-alukan bertujuan memperkasa dan memperkaya ilmu kemahiran kepada golongan sasaran dengan harapan dapat menjana pendapatan dan ekonomi kepada keluarga mereka.

Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada dua tenaga pengajar kursus jahitan iaitu Hironie Malike dan Syahrina Madian kerana sudi mengorbankan cuti hujung minggu mereka dan komited mengajar peserta-peserta tersebut sehingga pandai dan mahir menjahit pakaian.

Majlis penyampaian sijil penyertaan Kursus Asas Jahitan telah disempurnakan oleh John dan disaksikan Zainal Abiddin.

Hadir sama Pengerusi Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bahagian Mukah Jali Gani, Penghulu Jasni Ramli serta tetamu lain.

Advertisement