Anda di sini

32 pasukan berentap rebut Piala Richard Riot

Advertisement

KUCHING: Tiga puluh dua pasukan berentap dalam pertandingan bola sepak edisi kelapan Piala YB Datuk Seri Richard Riot Jaem 2014 bermula 2 Mac lalu.

Perlawanan pertama 2 Mac lalu, menyaksikan tiga perlawanan dilangsungkan melibatkan enam pasukan di Stadium Mini, Kampung Pichin dekat Serian di sini.

Sempena perlawanan tersebut turut diadakan penyerahan bola kejohanan dan baju AJK Kelab oleh wakil LEA Sports Centre kepada Pengerusi Kelab Bola Sepak Kampung Pichin.

Juara bakal menerima hadiah berupa wang tunai RM3,000 serta piala iringan dan pingat, manakala naib juara membawa pulang wang tunai RM1,000 serta piala iringan dan piala.

Sementara itu, tempat ketiga akan menerima wang tunai RM500 serta piala iringan dan pingat manakala tempat keempat menerima wang tunai RM250.

Penganjur turut menyediakan hadiah bagi pemain terbaik perlawanan akhir serta penjaring gol terbanyak yang masing-masing bakal membawa pulang piala.

Advertisement