Anda di sini

Warga emas kerugian lebih RM600, beg tangan diragut

Advertisement

KUCHING: Seorang warga emas dari Jalan Rubber mengalami kerugian dalam bentuk tunai lebih RM600 apabila beg tangannya diragut seorang lelaki sebaik tiba di hadapan kediamannya, semalam.

Mangsa serta suaminya yang merupakan pesara guru baharu balik dari gereja dan belum sempat membuka pagar rumah apabila insiden sekitar jam 10.30 pagi itu berlaku.

Menurut mangsa, lelaki tidak dikenali itu cuba merampas beg tangan daripadanya dan apabila mangsa cuba mempertahankan diri, suspek mula mengeluarkan pisau.

“Saya yang cuba bergelut menyelamatkan beg tangan saya itu terpaksa melepaskannya apabila suspek mengeluarkan pisau,” katanya ketika ditemui pemberita di One Stop Centre, Jalan Simpang Tiga, di sini.

Suspek kemudiannya melarikan diri bersama rakannya menggunakan motosikal.

Selain wang tunai, beg yang dicuri itu turut mengandungi dua telefon bimbit, kad perubatan, dokumen peribadi dan kunci rumah mereka.

Mangsa turut cedera di tangan ekoran bergelut menyelamatkan beg serta ditolak pencuri.

Polis sedang menyiasat.

Advertisement