Anda di sini

Kanak-kanak cedera parah dalam kemalangan langgar lari

Advertisement

KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan mengalami kecederaan parah dalam kemalangan langgar lari di hadapan rumahnya di Kampung Sageng di Simunjan, dekat sini.

Insiden sekitar jam 6 petang Sabtu itu menyaksikan mangsa yang berusia sembilan tahun tercampak ke dalam longkang.

Dia dipercayai patah di bahagian rusuk, selain patah di paha kanan, betis kiri, dan cedera di kepala.

Mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak menggunakan ambulans untuk menerima rawatan lanjut dan tiba di sini sekitar 10 malam kelmarin.

Dalam kes berasingan, seorang penunggang motosikal cedera setelah terbabas di hadapan bangunan Pejabat Pos Besar di sini, awal pagi semalam.

Mangsa yang berusia 25 tahun dikatakan patah di bahagian kaki akibat kemalangan tersebut.

Difahamkan, lelaki itu yang terdahulunya berada di kedai makan berhampiran Electra House di Jalan Khoo Hun Yeang mengeluarkan senjata dipercayai parang untuk bergaduh dengan seseorang.

Mangsa dibawa ke HUS untuk menerima rawatan.

Advertisement