Anda di sini

Bola Keranjang:Lord Tiger rangkul gelaran pertama

Advertisement

KUCHING: Lord Tiger merangkul gelaran pertama Liga Bola Keranjang Sarawak Piala Cabaran Imperial Kedua selepas mengumpul 10 mata pada kejohanan liga enam pasukan di Stadium Tertutup Miri kelmarin.

Selepas mengalahkan Lik Heng Machinery dari Sibu 87-63 dalam perlawanan pembukaan, Lord Tiger meneruskan rentak kemenangan dengan mengenepikan cabaran SCB D’Strangers (Kuching) 80-57.

Lord Tiger terus garang dengan melakarkan kemenangan 87-71 menentang Persatuan Masyarakat Taman Grand Heights dari Sibu dan Kinsar (Miri) 102-67.

Dalam perlawanan terakhir liga, Lord Tiger mencatat kemenangan terbesar dengan mengalahkan Miri Shin Yang Fire Horse 105-76 sekali gus memunggut 10 mata hasil lima kemenangan.

Suku pertama menyaksikan Lord Tigers mendahului Miri Shin Yang Fire Horse 26-20 sebelum kedudukan dijarakkan menjadi 54-29 pada suku kedua.

Usaha Miri Shin Yang Fire Horse merapatkan mata membuahkan hasil pada suku ketiga dengan kedudukan 73-60 pada suku ketiga.

Advertisement