Anda di sini

Berjaya 6298 dinobatkan juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah

Advertisement

SANG JUARA: Pasukan Berjaya 6298 dinobatkan juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala Sibintek Edisi Kedua 2014.

SIBU: Pasukan Berjaya 6298 dinobatkan juara Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Piala Sibintek Edisi Kedua 2014.

Dengan kemenangan itu, Berjaya 6298 membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, piala iringan, medal dan wang tunai bernilai RM700.

Pasukan Sembawang FC menduduki tempat kedua mendapat hadiah berupa piala iringan, medal dan wang tunai bernilai RM500.

Pasukan Sekuau FC yang menduduki tempat ketiga membawa pulang hadiah berupa piala iringan, medal dan wang tunai RM300.

Sementara itu, pasukan Tamin FC terpaksa akur di tempat keempat mendapat hadiah berupa medal.

Kejohanan itu dianjurkan Kelab Belia, Sukan dan Kebudayaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sibintek Skim B.

Penganjuran kejohanan itu untuk menggalakkan aktiviti bersukan di kalangan belia di samping merapatkan hubungan silaturahim sesama masyarakat setempat.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Sibintek, Ajah Angkah di Padang Bola Kampung Sibintek.

Advertisement