Anda di sini

Tiga pemain hoki remaja Sarawak dipilih untuk menyertai kem latihan negara

Advertisement

KUCHING: Tiga pemain hoki remaja Sarawak terpilih untuk menyertai kem latihan Bawah 13 Tahun Kebangsaan 1Mas yang akan diadakan di Ipoh dari 22 hingga 27 Mac depan.

Ketiga-tiga mereka merupa­kan pemain dari Persekutuan Hoki Sarawak (SHC) yang te­lah menyertai program pem­bangunan remaja 1Mas.

Selain itu, mereka juga berpeluang menyaksikan kejohanan Piala Sultan Azlan Shah yang hampir menutup tirainya di sana nanti.

Mereka yang terpilih ialah pelajar darjah enam SK St Thomas Mohd Haziq Asyraaf Berahim, pelajar tingkatan satu Kolej Abdillah Clem­ent Tsai dan Aiman Iriyani Kamaluddin dari Sekolah Sukan Sabah.

Kesemua mereka dipilih setelah mempamerkan aksi cemerlang pada kejohanan tujuh sebelah bawah 12 tahun yang diadakan pada Disem­ber lalu.

Pada kejohanan tersebut, Sarawak menduduki tempat ketiga setelah ditundukkan Kedah 1-0 pada perlawanan separuh akhir.

“Aiman tidak akan menyer­tai kem kerana beliau adalah pelajar sekolah sukan,” menu­rut pegawai SHC William Lee.

Projek 1Mas mempunyai lima tahap iaitu bawah 12, 14 dan 16 tahun (lelaki) dan bawah 14 dan 16 tahun bagi perempuan.

Ia bertujuan mencungkil pemain remaja kebangsaan berbakat untuk menyer­tai kejohanan di peringkat antarabangsa.

Di Sarawak, pusat program tersebut terletak di Kuching, Sibu and Samarahan.

“Kita menjalani latihan se­banyak empat sesi dari Jumaat hingga Ahad. Satu sesi pada Jumaat dan Ahad manakala dua sesi pada Sabtu,” menu­rut Lee.

Ketua Jurulatih Kangot Awan yang turut mengen­dalikan program hoki SMK Penrissen memantau projek 1Mas di sini.

Beliau merupakan salah seorang dari lima jurulatih yang turut mengendalikan sesi latihan di Ipoh kelak.

Beliau dibantu bekas pemain negeri Sunil Roy Chakraverty sebagai pembantu jurulatih dengan Dzulkhaini Tajuddin mengendali program di Sibu dan Marzatilaswat Hamzah di Samarahan.

Ketua jurulatih Siva Subra­maniam pula mengetuai pro­gram bagi pemain wanita.

“Dalam kategori bawah 12 tahun, kita mempunyai seki­tar 60 pemain namun hanya separuh yang benar-benar berpotensi kerana mereka kerap menyertai sesi latihan,” katanya.

Justeru, setiap peserta diha­ruskan menyertai sesi latihan pada setiap Sabtu.

Haziq pula memulakan lati­han sejak berusia 10 tahun.

“Beliau rajin menyertai sesi latihan dan kita sedang berusa­ha meningkatkan kemahiran dan keyakinan pemain muda ini. Ia menyebabkan beliau terpilih untuk menyertai kem latihan tersebut.”

Program itu juga telah melahirkan ramai pemian remaja yang berpotensi diser­apkan dalam skuad SUKMA Sarawak 2016 kelak.

Antaranya pelajar SMK Penrissen Alaika T Ruang, Adolft Jakang, Shawn B Math­ew, Augustus Ken Jakang, M Nurazwan Syafiq Amir dan M Jari dari SMK Bau.

Advertisement