Anda di sini

The Titan ungguli saingan boling Nangka

SIBU: Pasukan The Ti­tan muncul juara kategori terbuka Kejohanan Boling Nangka Tenpin berlang­sung di Sibu Superbowl di sini.

Dengan kemenangan itu, pasukan The Titan dianggotai para pelajar sekolah menen­gah membawa pulang hadiah RM500 serta piala.

Naib juara dimenangi pasu­kan IYA-IYALM meraih RM300 serta piala.

Sementara itu, tempat keti­ga dan keempat masing-mas­ing dimenangi oleh SSB-SP Nangka dan IG2M dan ked­ua-duanya membawa pulang RM150.

Sebanyak 21 pasukan dari bahagian ini menyertai ke­johanan tersebut dianjurkan oleh Seketariat Sosial, Sukan, Kebudayaan dan Perpaduan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka di bawah wakil rakyatnya, Dr Annuar Rapa’ee.

Pengerusi Seketariat So­sial, Sukan, Kebudayaan dan Perpaduan DUN Nangka, Kaunselor Jimmy De Rozario @ Abdul Rahman menyam­paikan hadiah kepada para pemenang.