Anda di sini

TDM teruskan pembangunan kem di bawah ‘Army Care’

Advertisement

PORT DICKSON: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan berusaha untuk menambah baik kebajikan warganya dengan memberi penekanan terhadap peningkatan tahap keselesaan bekerja dan kualiti hidup mereka.

Ke arah ini, Panglima TDM Jen Datuk Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor berkata tentera darat akan meneruskan program pembangunan kem-kem di bawah projek ‘Army Care’ dan pembangunan rumah keluarga angkatan tentera.

“Melalui program ‘Army Care’ yang dilancarkan pada tahun 2009, tentera darat telah berjaya menyiapkan empat buah kem manakala tujuh buah kem lagi sedang rancak dilaksanakan.

“Sementara sepuluh buah kem lagi telah dikenal pasti untuk dibangunkan dalam masa terdekat. ‘Army Care’ ini adalah tanda aras kepada pembangunan infrastruktur bangunan kem-kem tentera darat,” katanya ketika menyampaikan perutusan sempena Hari Tentera Darat ke-81 di padang kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di sini, Port Dickson.

Turut hadir, Timbalan Panglima TDM Lt Jen Datuk Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Medan TDM Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim dan Panglima 1 Divisyen Lt Jen Datuk Mohd Zaki Mokhtar.

Katanya walaupun dalam keadaan kekangan peruntukan kewangan, sebahagian daripada program pembangunan infrastruktur telah berjaya dilaksanakan melaluikerjasama awam-swasta seperti ‘inisiatif pembiayaan swasta, ‘kerjasamaawam-swasta dan ‘pertukran tanah’.

Katanya tentera darat akan melihat dari segala segi dan ruang yang ada untuk membolehkan tahap keselesaan bekerja dan kualiti hidup warganya terpelihara.

Raja Mohamed Affandi berkata tentera darat juga sentiasa berusaha mempertingkatkan keupayaan tempurnya melalui perolehan peralatan danpersenjataan yang moden dan terkini.

“Parameter pembangunan ini telah digariskan di dalam pelan strategik yang telah diolah. Namun begitu, semua ini perlu disokong dengan sistem logistikberbersepadu dan budaya senggaraan yang menyeluruh,” katanya.

Terdahulu, Raja Mohamed Affandi mengambil tabik hormat perbarisan dan pemeriksaan barisan yang terdiri daripada 644 pegawai dan 2,041 anggotalain-lain pangkat diketuai Ketua Staf Am, Markas Medan Tentera Darat Mej JenDatuk Zamrose Mohd Zain dengan diiringi pancaragam Pusat Kor Armor Diraja.

Perbarisan itu merupakan satu perbarisan yang melibatkan kekuatan anggota paling besar pernah diadakan dengan tema ‘Tentera Darat Teguh Siaga, ATMGah, ATM Perkasa’.

Pada majlis itu, Raja Mohamed Affandi turut menyampaikan Anugerah Kesiagaan Panglima Angkatan Tentera 2013 serta pingat dan sijil kepujian ketuaperkhidmatan. — Bernama

Advertisement