Anda di sini

Pakistan juara Piala Davis Remaja Asia-Oceania

Advertisement

KUCHING: Pakistan me­namatkan kempen Pra-Ke­layakan Kejohanan Tenis Piala Davis Remaja Asia-Oceania di kedudukan pertama setelah menundukkan Syria 2-1 pada perlawanan akhir di gelanggang Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) di sini kelmarin.

Juara kategori berpasukan lelaki itu bagaimanapun tidak diberi laluan mudah oleh pili­han kedua Syria dengan meng­harungi tiga set selama enam jam tujuh minit.

Pakistan mengutip mata pertama menerusi pemain persorangan Muhammad Zaid Mujahid sebelum Syria men­yamakan kedudukan dengan kemenangan Kareem Al Allaf ke atas Mudassar Murtaza 6-3, 3-6, 6-4.

Beregu Muhammad Zaid-Mudassar akhirnya memas­tikan kemenangan milik Pa­kistan setelah menewaskan Kareem-Hazem dengan 6-2, 4-6, 6-4.

Pilihan pertama Kazakhstan pula menduduki tempat ketiga setelah menewaskan Vietnam 2-1.

Manakala Lubnan yang me­nundukkan Iran 2-1 berpuas hati di tempat kelima.

Arab Saudi yang menge­jutkan pilihan ketiga Turkmen­istan 2-1 menduduki tempat ketujuh.

Sri Lanka pula membenam Emiriah Arab Bersatu 2-0 untuk menduduki tempat kesembilan sementara Bang­ladesh mengatasi Yaman 2-1 dalam saingan play-off untuk kedudukan 11 dan 12.

Kyrgyzstan pula berada di kedudukan terakhir.

Pakistan dan Syria menem­pah tiket ke perlawanan akhir kejohanan tersebut yang akan diadakan di Kuching pada 27 April hingga 4 Mei depan.

Advertisement