Anda di sini

Kempen derma darah di Boulevard hari ini

Advertisement

KUCHING: Sekyen Belia Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching dan Samarahan (Federation Youth) menganjurkan kempen derma darah di pusat beli-belah Boulevard (New Wing) hari ini dari jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang.

Kempen berkenaan mendapat sokongan Seksyen Belia Persatuan Lungsi Sarawak dan Bulan Sabit Merah (BSM) Cabang Kuching.

Ia bagi menyahut seruan Tabung Darah Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan lebih banyak bekalan darah dan mewujudkan kesedaran di kalangan orang awam mengenai kebaikan menyelamatkan nyawa melalui derma darah.

Sehubungan itu, pihak penganjur menyeru orang awam supaya menyebarkan perkara itu kepada rakan dan saudara mara mereka dan memohon supaya mereka yang ingin menderma agar datang awal.

Penganjur turut mengucapkan penghargaan kepada semua penaja atas sokongan mereka termasuk Lee Onn Group of Companies, Yung Kong Group, Torng Meei Import & Export Trading Co, See Hua Marketing Sdn Bhd, Syarikat Kion Hoong Cooking Oil Mills Sdn Bhd, Supreme Food Supply (M) Sdn Bhd, Carlsberg Marketing Sdn Bhd,  KEK Trading (Kuching) Co Sdn Bhd, Wide Way Enterprise, LHS Sdn Bhd dan SCR Sdn Bhd.

Penderma akan mendapat hadiah, bagaimanapun ia tertakluk kepada mereka yang datang awal.

Pertanyaan boleh dikemukakan kepada Phang Khep Foh (019-8889353), Alex Lee (016-8795233), Phang Da Nan (019-8192968) atau Lee Chong Tat (014-3387080).

Advertisement