Anda di sini

Ibu bapa perlu sedar kepentingan MyKad anak

Advertisement

KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu mempunyai kesedaran untuk memastikan setiap anak mereka yang mencapai usia 12 tahun memiliki kad pengenalan atau MyKad.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPNWPKL) Norehan Abdullah berkata masih ramai ibu bapa tidak serius dan seringmelengah-lengahkan kewajipan permohonan MyKad anak-anak mereka sehinggamenyebabkan mereka didenda.

“JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) juga menyeru ibu bapa yang mempunyai anak yang telah mencapai umur 18 tahun supaya mendaftarkan semula MyKad mereka bagitujuan penggantian MyKad baharu,” katanya.

MyKad perlu dijaga seperti sebahagian nyawa seseorang kerana ia boleh disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab jika kehilangannya,katanya kepada pemberita pada Program My12 dan My18 JPN peringkat WilayahPersekutuan di pejabat Norlina Alawi (M) Sdn Bhd di Kampung Cheras Baru, di sini semalam.

Program tanggungjawab sosial korporat JPN itu bertujuan menyampaikan maklumat dan memberikan perkhidmatan pendaftaran kad pengenalan kepadawarganegara Malaysia yang berumur 12 hingga 18 tahun khususnya di peringkatsekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi.

Pada program itu, lima orang anak angkat berusia 13 tahun kepada usahawan dan pengendali rumah kebajikan Norlina Alawi, mendaftar permohonan MyKadmenerusi Unit Mobil JPNWPKL.

Sementara itu, Norlina, 43, yang mempunyai tujuh orang anak kandung dan 32 anak angkat yang sah berumur antara setahun hingga 23 tahun, berkatainisiatif JPN perlu dipuji kerana mencerminkan keprihatinan mereka terhadapmasyarakat yang sukar melaksanakan proses pendaftaran MyKad.

“Sebagai seorang ibu dan usahawan, saya begitu terharu kerana JPN sudi membantu keluarga besar saya ini sekali gus dapat meringankan beban saya untukpergi ke pejabat JPN,” katanya. — Bernama

Advertisement