Anda di sini

Tanggal 28 Feb, terlakar satu lagi sejarah Sarawak

Advertisement

SELAMAT TINGGAL: Tun Salahuddin bersalaman dengan rakyat yang hadir pada Istiadat Perpisahan di Astana Negeri. — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Tanggal 28 Februari 2014, terciptalah satu lagi sejarah buat negeri Sarawak apabila Tan Sri Datuk Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak Kelima menggantikan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Adenan, 70, mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin pada majlis penuh adat istiadat yang berlangsung di Astana Negeri disaksikan barisan menteri-menteri kabinet dan wakil-wakil rakyat.

Selesai upacara angkat sumpah sebagai Ketua Menteri, Adenan kemudiannya mengiringi Tun Salahuddin dan isteri Toh Puan Norkiah bagi Istiadat Perpisahan Yang di-Pertua Negeri yang turut dilangsungkan di Astana Negeri.

Dalam pada itu, suasana pilu menyelubungi sekitar Istiadat Perpisahan Yang di-Pertua Negeri apabila kebanyakan tetamu yang hadir mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah.

Tun Salahuddin yang tamat tempoh perkhidmatan semalam akan digantikan oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang mana ucapara pelantikan akan diadakan di Kompleks DUN hari ini di hadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Advertisement