Anda di sini

Lelaki tumbuk isteri, cederakan abang ipar

Advertisement

KUCHING: Seorang lelaki ditahan polis selepas dika­takan menumbuk isteri serta mencederakan abang iparnya di sebuah kedai makan di Matang di sini, malam kel­marin.

Menurut sumber, insiden berlaku apabila berlaku perselisihan faham di antara pasangan suami isteri berk­enaan sehingga menyebab­kan si suami bertindak menumbuk isterinya dalam kejadian yang berlaku seki­tar jam 9.

Justeru, si isteri yang malu serta marah kerana diperlakukan sedemikian menghubungi abangnya yang tinggal tidak jauh dari kawasan tersebut.

“Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila si suami bertindak memukul abang iparnya yang bergegas ke tempat kejadian dengan besi sehingga berlaku pergelutan di antara mereka.

“Mujur beberapa minit selepas itu, sepasukan ang­gota polis yang menjalankan rondaan di kawasan berk­enaan berjaya meleraikan pergaduhan tersebut dan terus menahan si suami un­tuk tindakan lanjut,” kata sumber.

Si suami serta abang iparnya yang masing-masing men­galami kecederaan kemu­dian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan.

Difahamkan, laporan polis berhubung kejadian telah dibuat oleh mangsa dan sia­satan masih dijalankan.

 

Advertisement