Anda di sini

Kejayaan skuad bola tampar kita membanggakan

Advertisement

MANTAP: Pasukan bola tampar Sarawak bersama pengerusi bahagian masing-masing. Dari kiri Moh, Lau dan Ting.

SIBU: Kerjasama padu dan berkat kepimpinan serta ke­gigihan para jurulatih mem­bawa Persatuan Bola Tampar Sarawak (SAVA) melangkah lebih jauh dengan menjulang pelbagai kejayaan sejak tahun-tahun lalu.

Pengerusinya, Dr William Ting berkata mustahil persat­uan itu menjulang kejuaraan sekiranya terdapat perbalahan dan pertelingkahan di kalan­gan pemimpinnya.

“Namun, SAVA bernasib baik kerana berkat kepimpi­nan pemimpinnya kami ber­jaya menaikkan imej sukan bola tampar negeri sehingga menjadi kuasa besar sukan itu,” katanya pada Majlis Ja­muan Penghargaan di sini.

Hadir sama Presiden SAVA, Temenggung Vincent Lau dan Ketua Jurulatih Bola Tampar Wanita Malaysia, Moh Ung Ming.

Ting berkata, SAVA meny­ertai 10 kejohanan antara­bangsa bagi kategori lelaki dan wanita sepanjang tahun lalu.

“Kami menjadi juara bagi tujuh kategori, dua kali naib juara dan sekali berada di tempat ketiga. Walaupun se­mua kejohanan kami menjadi juara namun keputusan terse­but amat membanggakan,” katanya.

Menurut Ting, daripada 10 kejohanan tersebut Kejohanan Bola Tampar Wanita Terbuka Malaysia di Johor adalah pal­ing menarik memandangkan tidak pernah dipertandingkan sejak 10 tahun.

“Pasukan wanita kita cukup mantap dan menggerunkan sehingga tidak menjadi masa­lah kepada kita menewaskan Johor 3-0 (25-13, 25-17, 25-17) dalam pertarungan akhir,” ujar beliau.

Berikutan kemenangan itu, beberapa pemain telah dipi­lih ke Sukan SEA Myanmar tahun lalu.

Selain itu, Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) memilih Gelanggang Bola Tampar Sibu di Taman Rajang sebagai pusat latihan pasu­kan wanita negara sebelum berangkat ke Myanmar bagi menyertai Sukan SEA.

Ting mengingatkan pemain supaya menyiapkan diri dari segi mental agar sentiasa bersikap positif terutamanya ketika berdepan dengan situ­asi mempengaruhi prestasi mereka.

 

Advertisement