Anda di sini

Judi haram: 24 lagi komputer dirampas

Advertisement

KUCHING: Sebanyak 24 lagi komputer dirampas dalam serbuan ke atas sebuah premis mesin judi berkomputer di Jalan Petanak, di sini petang kelmarin.

Serbuan tersebut telah di­jalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang diketuai Inspektor Lee Chee Keat bersama empat lagi anggota.

Semasa serbuan dilakukan, seorang lelaki warga tempatan yang sedang bermain judi atas talian bersama seorang lagi lelaki juga warga tempatan dipercayai pekerja di premis tersebut ditahan untuk mem­bantu siasatan.

Kes tersebut disiasat diba­wah Seksyen 4B Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Mesin Perjudian Berkomputer) serta Ordinan Hiburan 2000.

 

Advertisement