Anda di sini

Abu Bekir antara nama disebut calon BN di Balingian

Advertisement

KUCHING: Beberapa nama di-sebut-sebut sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian yang dikosongkan penyandangnya Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mulai semalam.

Spekulasi mengatakan BN akan mempertaruhkan Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, ada yang mengaitkan anak Taib, Dato Sri Mahmud Abu Bekir Taib.

Ada juga mengatakan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) akan mempertaruhkan anak muda, iaitu seorang jurutera dalam lingkungan umur 30-an. Beliau berasal dari Kampung Tellian, Mukah dan mempunyai perniagaan di Kuching.

Abu Bekir ketika ditemui pem-berita di Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem di Astana Negeri semalam lebih gemar berteka-teki.

Ditanya adakah beliau berminat dalam mengikut jejak langkah bapanya menceburi politik, Abu Bekir berkata: “Saya tidak tahu. Lihat dulu.”

Menurutnya, dalam dunia korporat sekalipun beliau dapat berkhidmat kepada rakyat Sarawak.

“Saya tak ada kuasa untuk meminta orang berhenti bercakap mengenai saya akan bertanding di Balingian,” katanya sambil menambah beliau gemar melihat Sarawak terus me-nempa kemajuan di bawah pimpin Ketua Menteri baharu.

Menurutnya, sudah tiba masa untuk bapanya meluangkan masa dengan anak-anak selepas kira-kira 50 tahun berjuang dalam kancah politik.

“Kami sebagai anak-anak mahu beliau (Taib) meluangkan masa bersama setelah berpuluh tahun berkorban masa untuk pembangunan Sarawak,” ujarnya.

Advertisement