Anda di sini

Wanita cedera gara-gara cuba melawan peragut

Advertisement

KUCHING: Gara-gara cuba melawan peragut, seorang wanita cedera di tangan serta perutnya akibat dikelar sus­pek yang terdahulunya cuba meragut beg tangannya pagi kelmarin.

Menurut sumber, mangsa berusia 21 tahun dan semasa kejadian baharu keluar dari keretanya yang diletakkan di tempat letak kereta Jalan Foochow di sini sekitar jam 11 pagi.

“Mangsa telah didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang kemudian cuba mer­agut beg tangannya, namun berjaya dihalang oleh mangsa menyebabkan suspek bertin­dak mencederakan mangsa dengan senjata tajam diper­cayai pisau.

“Mangsa kemudian men­jerit meminta pertolongan menyebabkan suspek panik dan terus melarikan diri dari tempat kejadian dengan men­unggang sebuah motosikal,” kata sumber.

Mangsa yang cedera di ta­pak tangan serta perutnya ke­mudian dikejarkan ke hospital berdekatan dan dilaporkan menerima 20 jahitan untuk kecederaan di tapak tangan­nya itu.

Sementara dalam satu ke­jadian berasingan, seorang eksekutif mengalami keru­gian mencecah RM10,000 setelah pangsapurinya di Jalan Lapangan Terbang dipecah masuk juga Rabu lepas.

Mangsa, 32, semasa ke­jadian baharu tiba di rumah­nya dan mendapati beberapa koleksi barangan kemas, wang tunai matawang as­ing, jam tangan serta telefon bimbitnya miliknya telah hilang.

Dipercayai,pencuri berjaya memasuki pangsapurinya itu melalui tingkap dapur.

Laporan polis berhubung kedua-dua kejadian tersebut telah dibuat oleh mangsa dan siasatan polis masih di­jalankan.

Advertisement