Anda di sini

Lelaki tak sempat sambut hari jadi

Advertisement

MAUT: Mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik yang bergegas ke tempat kejadian.

Pekerja syarikat perkhidmatan kurier maut dirempuh kereta Mercedes

KUCHING: Seorang pekerja syarikat perkhidmatan ku­rier maut akibat dirempuh sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan di Jalan Batu Kawa di sini, petang semalam.

Mangsa ialah Hamizan Hamdin berusia 31 tahun dan berasal dari Kampung Paya Mebi, Landeh.

Menurut saksi, mangsa menunggang motosikal men­uju ke arah Batu Tiga dari Batu Kawa sebelum dikatakan gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh penghadang jalan raya.

“Ekoran itu, mangsa te­lah tercampak dari atas mo­tosikalnya ke arah laluan bertentangan menyebabkan sebuah kereta jenis Mercedes Benz tidak sempat mengelak lalu merempuhnya,” ka­tanya.

Mangsa yang bakal men­yambut hari lahir pada 1 Mac ini mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

Sementara dalam satu ke­jadian berasingan, seorang pekerja syarikat Poslaju dikhuatiri mengalami pa­tah tulang tangan kirinya selepas van yang dinaikinya terlibat dalam satu kema­langan di Kilometer 28 Ja­lan Kuching-Serian malam kelmarin.

Difahamkan mangsa, 25, duduk di bahagian hadapan van tersebut yang dipandu rakan sekerjanya sebelum van tersebut melanggar se­buah kereta jenis Perodua Kancil serta terbabas dan merempuh sebuah treler yang diparkirkan di tepi jalan raya berkenaan.

Ekoran rempuhan tersebut mangsa dikatakan tersepit di tempat duduk berkenaan dan terpaksa dikeluarkan dengan bantuan daripada orang awam yang menyaksikan kejadian berkenaan.

Mangsa kemudian dikejar­kan ke Hospital Serian oleh pihak ambulans untuk rawa­tan lanjut sebelum dirujuk ek Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam.

Manakala pemandu dan penumpang Perodua Kancil berkenaan dilaporkan hanya mengalami kecederaan rin­gan.

 

Advertisement