Anda di sini

Curi: Lelaki mengaku salah dipenjara sembilan bulan

Advertisement

MIRI: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majis­tret semalam setelah mengaku bersalah terhadap tuduhan mencuri.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara ke atas ter­tuduh dikuatkuasakan dari tarikh tangkapan.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Lovely Natasha Charles setelah menimbang­kan beberapa faktor termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang di­lakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Mohd Izzwandi Wasli, 22, dari Kampung Lusut, Jalan Bakam telah didakwa mengikut Seksyen 380 Ka­nun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Menurut keterangan kes, tertuduh telah mencuri wang tunai RM400 dan satu unit telefon bimbit Nokia kepu­nyaan Mohd Naszery Abdul Rahman.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 9 pagi 19 Februari lalu di sebuah hotel bajet di Jalan Lee Tak di sini.

 

Advertisement