Anda di sini

SK Tabuan Hilir akhiri penguasaan SK Gita 2

Advertisement

KUCHING: Sekolah Ke­bangsaan (SK) Tabuan Hilir mencipta kejutan setelah menjuarai Kejohanan Kriket Bawah 12 Tahun Majlis Su­kan Sekolah-Sekolah Sarawak (MSSS) 2014 yang diadakan di SK Gita 2 semalam.

Ia kemenangan sulung anak-anak buah Abdul Rah­man Ibrahim, sekali gus me­namatkan dominasi selama tiga tahun berturut-turut SK Gita 2 pada kejohanan tersebut.

SK Tabuan Hilir bagaim­anapun terpaksa berdepan tugas mencabar sebelum berjaya menumpaskan tuan rumah yang juga juara berta­han dengan kelebihan empat wiket.

Dalam saingan separuh akhir, SK Tabuan Hilir berjaya mengenepikan SK Tabuan dengan kelebihan 5 wiket.

Tempat ketiga pula milik SK Siol Kanan yang menum­paskan SK Tabuan dengan 22 larian.

“Ia kemenangan yang cukup manis buat kita kerana berjaya menewaskan juara bertahan yang diketahui mempunyai rekod yang cukup cemer­lang,” jelas Abdul Rahman selepas perlawanan tamat semalam.

“Tahniah kepada para pe­main kerana memperagakan permainan yang cukup baik bagi memastikan keme­nangan bersejarah ini milik kita.”

Menurutnya, kemenangan itu tidak akan menjadi kenyat­aan tanpa kesungguhan serta komitmen padu dari pemain serta barisan jurulatih.

Dalam pada itu, ketua ju­rulatih skuad kriket Sarawak Chew Pok Cheong berkata kejohanan tersebut bertujuan mencari 15 pemain yang akan mewakili negeri pada Kejo­hanan Kriket Bawah 12 tahun Majlis Sekolah-Sekolah Ma­laysia (MSSM) di Terengganu pada 22-28 Mac depan.

Hadiah disampaikan oleh Presiden Persatuan Kriket Sarawak (PKS) Awang Mahy­an Awang Mohamed.

Sebanyak 13 sekolah dari sekitar bandaraya menyertai kejohanan yang bermula sejak 24 Februari lalu.

Advertisement