Anda di sini

Pemain harmonika Keith, Miss Malaysia Stephanie temui orang ramai hari ini

Advertisement

KUCHING: Pemain muzik harmonika antarabangsa Keith Valentine dan Miss Malaysia 2007 Stephanie Lee akan menemui orang ramai sempena sambutan Ekspo Perkahwinan di Hyper Boulevard di sini, hari ini.

Mereka yang diterbangkan khas dari Semenanjung Malaysia itu akan membuat persembahan pembukaan sekali gus merasmikan ekspo yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini (27 Februari) hingga Ahad (2 Mac) ini.

Menurut Keith, beliau berasa teruja untuk membuat persembahan selain berkongsi bakat bermain harmonika bersama peminat yang hadir.

“Saya berasa gembira ke-rana berkesempatan membuat persembahan pada ekspo perkahwinan di sini.

“Pada masa sama, saya turut berpeluang mempromosi muzik saya kepada orang ramai yang bertajuk Circle yang digubah sendiri oleh saya,” katanya pada sidang media mengenai persembahan yang akan diadakan di sini, 7 malam ini.

Beliau yang juga mahir bermain lebih daripada 12 alat muzik Cina memberitahu, pada malam per-sembahan itu nanti, beliau akan mempersembahkan dua persembahan bertajuk ‘Winter Sun’ dan ‘One In A Million’.

“Winter Sun akan menjadi persembahan pembukaan saya manakala One In A Million pula akan dipersembahkan bersama Stephanie,” katanya.

Persembahan bersama Stephanie diolah menjadi sebuah lagu berdrama di mana Stephanie akan melakon-kan watak mengikut lirik lagu yang dipersembahkan, ujarnya.

Terdahulu, Stephanie berkata beliau juga tidak sabar membuat persembahan bersama Keith selain bertemu peminat di bandar raya ini.

“Saya akan membuat persembahan terbaik pada malam ini khusus untuk tetamu yang hadir.

“Saya berharap kehadiran kami akan diingati masyara-kat di sini sampai bila-bila,” katanya.

Ekspo selamat empat hari itu menyaksikan kira-kira 10 meja pameran yang disertai perancang perkahwinan di sekitar Kuching.

Jangan lepaskan peluang mendapat maklumat terkini mengenai pelan perancang perkahwinan terkini yang ditawarkan pada ekspo itu nanti.

 

Advertisement