Anda di sini

JPJ zon tengah sedia gegar

Advertisement

KAPIT: Skuad bola sepak kumpulan zon tengah Jaba­tan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri yang merangkumi cawangan Kapit, Sibu, Sa­rikei dan Mukah bersedia menggempur pasukan lawan pada Karnival Sukan JPJ Neg­eri, pada Sabtu ini.

Menurut jurucakap pasukan zon itu, pasukannya yang mula menjalani latihan sejak sebu­lan lalu kini bersedia untuk berdepan pihak skuad lawan pada karnival selama dua hari bermula Jumaat (28 Februari) hingga Sabtu (1 Mac) ini.

“Skuad kami (zon tengah) diwakili 18 pemain yang begitu bersemangat untuk bertemu pasukan lawan dari zon selatan iaitu pasukan JPJ Cawangan Kuching.

“Meskipun zon selatan (Kuching) merupakan juara bertahan pertandingan bola sepak Karnival Sukan JPJ se­belum ini, namun, kami tidak gentar untuk berdepan dengan pasukan mereka sekaligus pu­lang dengan kemenangan pada tahun ini.

“Ahli pasukan telah dileng­kapi latihan yang secukupnya dan skuad kami akan melaku­kan yang terbaik untuk zon tengah,” katanya kepada pemberita.

Skuad di bawah bimbingan jurulatih Mohd Saferi Wasli dan pembantu jurulatih Ab­dul Suhendy menyaksikan perkembangan positif dari­pada ahli pasukannya selain diurus selia oleh pengurus pasukan Rosli Jamaluddin.

Karnival Sukan JPJ Negeri diadakan dua tahun sekali bertujuan mengeratkan silatur rahim kakitangan jabatan tersebut selain mempromo­sikan cara hidup sihat.

Ia terbahagi kepada empat zon bertanding termasuk zon selatan (Kuching), zon ten­gah (Kapit, Sibu, Sarikei dan Mukah), zon barat (Serian, Sri Aman dan Betong) serta zon utara (Miri, Bintulu, Limbang dan Lawas).

Antara sukan lain yang dipertandingkan sepanjang karnival itu berlangsung ialah futsal, sepak takraw, ping pong, bola tampar, bola jaring, badminton dan dart.

Advertisement