Anda di sini

ROS diminta ambil tindakan tegas terhadap Teresa Kok

Advertisement

SERAH BUKTI: Tony Tan menjawab pertanyaan media selepas menyerahkan dokumen minit mesyuarat palsu dan penyelewe-ngan parti DAP untuk membolehkan ROS membubarkan parti DAP di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) diminta mengambil tindakan tegas terhadap anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok kerana didakwa melakukan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam parti.

Bekas pembantu peribadi-nya Tony Tan, 50, mendakwa Teresa banyak melakukan ‘perkara tidak betul’ serta melanggar perlembagaan parti.

“Kita mahu politik yang sihat dalam negara. Kalau beliau tidak salah, tidak perlu takut,” kata bekas anggota DAP itu kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat ROS di sini semalam.

Tony Tan berkata beliau menjadi pembantu peribadi Teresa dari tahun 2004 se-hingga 2005, menyertai DAP cawangan Seputeh pada tahun 2002, sebelum keluar parti pada tahun 2007.

Menurutnya laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia juga telah dibuat dua minggu lepas, manakala laporan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya  dijangka diadakan minggu depan.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Ramesh Rao yang turut hadir berkata, beliau menerima banyak aduan daripada anggota DAP akhir-akhir ini yang mendakwa akan membongkar lebih ba-nyak penyelewengan dalam parti.

“Sebagai badan bukan kerajaan, saya akan terus memberikan sokongan dan membantu sesiapa yang memerlukan tidak kira parti pemerintah atau pembangkang. Langkah pertama ini kita mahu parti politik bersih dan berkhidmat kepada rak-yat,” katanya. — Bernama

Advertisement