Anda di sini

Empat rumah musnah dalam kebakaran

Advertisement

KOTA BAHARU: Empat rumah musnah dalam satu kebakaran yang berlaku di Lot 1867, belakang Caltex, Machang di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Machang Zulki­fli Osman berkata pihaknya menerima panggilan kece­masan berkaitan kejadian itu pada jam 8.17 pagi.

“Sebaik tiba di tempat ke­jadian, api sedang marak mem­bakar kesemua empat buah ru­mah yang terletak berhampiran dan api berjaya dikawal dalam tempoh 20 minit,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata tiga jentera dengan kekuatan 11 pegawai dan anggota dikejar ke lokasi kejadian.

Kerugian ditaksir seban­yak RM300,000 dan punca kejadian masih disiasat.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. — Bernama

Advertisement